KOLEKSI ZIKIR PAGI & PETANG MENURUT HADIS SAHIH

KOLEKSI ZIKIR PAGI & PETANG MENURUT HADIS SAHIH*

Al-Imam Ibnul Qayyim berkata,
“Zikir pagi dan petang seperti baju besi, semakin bertambah ketebalannya maka pemiliknya semakin tidak terkena (oleh bahaya). Bahkan kekuatan baju besi itu bisa sampai memantulkan kembali anak panah sehingga berbalik mengenai pemanahnya sendiri.” 
(Al-Wabil As-Sayyib, 71)

Antara lafaz zikir pagi dan petang yang mesti kita rutinkan:

1) Doa Pagi - Ilmu, Rezeki & Amalan (1x selepas solat Subuh)
Allahumma innii as-aluka ‘ilman naafi’a, wa rizqon thoyyibaa, wa ‘amalan mutaqobbalaa.

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rizki yang halal dan amal yang diterima (di sisi-Mu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR. Ibnu Majah, no. 925 dan Ahmad 6: 305, 322. Sahih oleh Al-Hafizh Abu Thahir)

2) Ayatul Kursi (1x pagi & petang)
Faedah: Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang. [HR. Al Hakim (1: 562), Sahih oleh Syaikh Al-Albani]

3) Membaca 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas & Al-Falaq (3x setiap surah, pagi & petang)
Faedah: Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. [HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575. Sanad hadis ini hasan oleh Al Hafizh Abu Thohir]

4) Sayyidul Istighfar (1x pagi & petang)
Faedah: Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga. [HR. Bukhari no. 6306]

5) Doa Elak Mudarat (3x pagi & petang)
Faedah: Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak tiga kali di pagi hari dan tiga kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya. [HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmidzi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869. Sanad hadis ini hasan oleh Al Hafizh Abu Thohir]

6) Doa Pagi & Petang (1x pagi & petang)
Yaa Hayyu Yaa Qoyyum, bi-rohmatika as-taghiits, wa ash-lih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin Abadan.

Erti: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu).” 

Faedah: Zikir ini diajarkan oleh Nabi s.a.w. pada Fatimah supaya diamalkan pagi dan petang. [HR. Ibnu As Sunni no. 46, An-Nasaai (381/ 570), Al Bazzar (4/25/ 3107), Al-Hakim (1: 545). Sanad hadis ini hasan oleh Syaikh Al-Albani]

7) Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qodiir (10x pagi & petang)

Erti: “Tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” 

Faedah: Barangsiapa yang membaca zikir tersebut di pagi hari sebanyak sepuluh kali, Allah akan mencatatkan baginya 10 kebaikan, menghapuskan baginya 10 kesalahan, ia juga mendapatkan kebaikan semisal memerdekakan 10 budak, Allah akan melindunginya dari gangguan setan hingga petang hari. Siapa yang mengucapkannya di petang hari, ia akan mendapatkan keutamaan semisal itu pula. (HR. An Nasai Al Kubra 6:10)

Comments

Popular Posts